Thursday, November 15, 2012

Latihan 2 ( Susun Ayat )



1.   ibu    ikan    ini
 ……………………………………………………………………

2.   saya    ayam    ini 
……………………………………………………………………

3.   suka    bola    main    saya 
……………………………………………………………………


4.   pokok    ini    kelapa
……………………………………………………………………


~Selamat Mencuba~





KATA PENGUAT


Kata Penguat 

1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. 
2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. 
Contoh 
Paling Agak Sungguh Amat 
Terlalu Nian Benar Paling 

3. Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif. 
4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif. 
5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif. 
Contoh 
1. Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah. 
2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah. 
3. Suhu di kawasan kutup amat sejuk. 
4. Kereta api itu sangat laju. 
5. Kereta itu laju sangat. 
Kata Penegas 
Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat. 
Contoh 
-kah -lah -tah jua 
Juga Sahaja Hanya Memang 
Lagi pun 

Contoh 
1. Itulah rumah saya. 
2. Pernahkah awak makan sup daging arnab. 
3. Apatah dayaku untuk menolongnya. 
4. Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya. 
5. Hanya Kamal yang belum membayar yuran. 
6. Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu. 
Kata Nafi 
1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan. 
2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak. 
3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. 
Contoh 
a) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya. 
b) Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya. 
4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. 
Contoh 
a) Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah. 
b) Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat. 
5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara. 
Contoh 
a) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar. 
b) Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja. 
Kata Pemeri 
1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket. 
2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. 
3. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama. 
4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 
Contoh 
a) Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya. 
b) Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu. 
c) Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

KATA BANTU



Kata Bantu

Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan. 
Contoh 
Akan Belum Masih 
Telah Sudah Harus 
Boleh Dapat Hendak 
Mesti 

1. Kereta api dari utara telah sampai. 
2. Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara. 
3. Adik Rahimah belum tahu berjalan. 
4. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera. 
5. Encik Borhan hendak pergi memancing esok.

KATA PERINTAH




Kata Perintah

Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel �lah di belakangnya. 
contoh 
Jangan Sila tolong Harap 
usah jemput Minta 

Contoh ayat 
1. Jangan tolak meja itu ke situ. 
2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang. 
3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.

KATA TANYA



Kata Tanya

1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. 
2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. 
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel �kah� apabila digunakan di awal ayat tanya. 
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat 
5. Partikel �kah� tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat. 
contoh 
a. Apakah benda itu ? 
b. Buku siapakah ini ? 
kenapa Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ? 
bila Bilakah awak akan memulangkan buku saya ? 
siapa Engkau ini siapa ? 
mengapa Mengapakah baju awak ini basah ? 
apa Apakah nama binatang itu ? 
bagaimana Bagaimanakah rupa hantu ? 
berapa Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ? 
mana Nelayan itu dari mana ?

KATA SERU



kata Seru

1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya. 
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. 
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan. 
4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut. 
Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh 
aduh untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum 
1. Aduh, sakitnya tanganku!

2. Aduh, besarnya rumahmu! 

aduhai untuk menyatakan perasaan sedih Aduhai, malang sungguh nasibku! 
ah untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu 
1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!

2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima! 

amboi/wah untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum 
1. Amboi, mahal betul kereta itu!

2. Wah, berani betul budak itu! 

cis/cih untuk menyatakan perasaan marah dan benci 
1. Cis, berani dia menentangku!

2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku ! 

eh untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut 
1. Eh, kamu sudah sampai!

2. Eh, tadi dia ads di sini! 

hai untuk menegur seseorang atau menarik perhatian 
1. Hai, diamlah sikit!

2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu! 


Contoh lain kata seru dan ayat 
Kata Seru maksud Contoh ayat 
wahai menyatakan perasaan sayang atau merayu Wahai adik ku sayang ! 
amboi menunjukkan perasaan kagum Amboi, tingginya bangunan KLCC ini ! 
hai Hai, ke mana kamu menghilang selama ini ! 
nah Nah, terimalah habuanmu ! 
aduh perasaan sakit Aduh, sakitnya tanganku ini ! 
wah perasaan hairan Wan, cantiknya merak ini ! 
ceh Ceh, usah membantah kata-kataku ini ! 
bedebah marah Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku ! 
cis marah atau jijik Cis, awak rupanya yang menjadi batu api ! 
oh terkejut hairan, gembira atau mengharap Oh, itu rupanya rumah kamu !

Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku ! 

eh hairan Eh, bila ia terjadi ! 
syabas gembira, puas, memuji atau ucap tahniah Syabas, awak berjaya juga akhirnya ! 
alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat ! 
alamak terkejut Alamak, sudah pukul 8.00 pagi ! 
ha hairan Ha, budak itu yang menang ! 
Ya-Allah terkejut Ya-Allah, apa akan berlaku nanti ! 
Masya- Allah hairan atau marah Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !