Thursday, November 15, 2012

KATA HUBUNG



Kata Hubung

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. 
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu: 
(a) kata hubung gabungan, 
(b) kata hubung pancangan, 
(c) kata hubung berpasangan. 
3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut: 
Kata Hubung Gabungan / Pancangan 
Contoh Ayat Contoh 
agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera. 
apabila Mukanya pucat apabila disoal. 
atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana. 
bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar. 
dan Leela dan Siu Lan berjiran. 
hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. 
Jika Saya berpayung jika hujan. 
Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan. 
kecuali Semua murid hadir kecuali Gopal. 
kerana Aini menangis kerana terlalu sedih. 
lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon. 
manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor. 
sambil Zalifah bernyanyi sambil menari. 
serta Zahid serta abangnya menonton wayang. 
semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil. 
sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. 
sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari. 
supaya Belajarlah bersungguh-sungguh supaya pandai. 
walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU. 
tetapi Badannya besar tetapi penakut. 


Kata Hubung Berpasangan 
Contoh Ayat Contoh 

Baik - mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu. 
Baik- baik Baik Daud baik adiknya sama-sama pintar. 
bukan sahaja malah Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah. 
entah entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak. 
Jangan � pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada. 
Kian � kian Kian lama kian banyak orang yang ke sana. 
Sama ada � ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah. 
sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut. 
semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah. 
sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari. 
walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha. 

2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar 

Dan hingga lalu ketika 
Dengan yang tetapi jika 
Kerana serta kalau kemudian 
demikian walhal walau agar 
atau demi supaya 

3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan. 

semasa sementara seharusnya andaikata 
semoga seketika sebaliknya sedangkan 
setelah sesungguhnya walaupun itupun 
sewaktu seandainya meskipun sekalipun 
mudah mudahan moga-moga jikalau bagaimanapun 
padahal 

contoh ayat 
1. menggabungkan dua ayat 
Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag. 
2. Menggabungkan dua rangkai kata 
Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut. 
3. Menggabungkan ayat-ayat 
Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.

8 comments:

  1. I like your blog very much! It's so interesting, good job!

    ReplyDelete
  2. Blog saudari sangat menarik. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan Cikgu Lim , saya akan berusaha lagi~^^

      Delete
  3. Terima kasih kerana berkongsi maklumat yang berguna ini.

    ReplyDelete